06 December 2011

Masalah Berlebihan Berat Badan Dan Kegemukan/Obesiti

cokelatyuz12:18 PM
Assalammualaikum..

 Hye....tiba2 arini yuz nak kongsi dengan korang semua pasal masalah kegemukan...
Cz kawan serumah yuz asyik membebel GEMOK!!!GEMOK!!! n GEMOK!!!...
sanggup setiap malam minum jus epal nak kurus 
jadi yuz pun terpaksa la kena diet setiap malam
 sebab tak ada sape nak masak..(malas yuz kan) ..(,")...hehehe....
Tp bagi pendapat yuz dia takde la gemok pun..(perasaan dia je..^___^ sorry kin)...
Dah2...kalau bab merepek serah kart yuz..
nanti bosan plak korang kan...so jom sama2 kita baca....(H___H)

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah dikalangan remaja?

YA !!!












Bagaimana korang tahu korang mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan korang secara kasar. Cara pengiraan :


                                   Berat badan (kilogram) 
Indeks Jisim Tubuh (BMI)=   _____________________________
                                            (Tinggi (meter) x Tinggi (meter)


Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada korang?

Berat badan korang bertambah apabila korang makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh
badan korang. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor risiko termasuk :

• Sejarah keluarga korang.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan korang).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.



Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada korang :

• Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi   minyak dan karbohidrat yang tinggi
• Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam


Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :

• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?

1. Korang perlu mempraktikkan cara hidup sihat :


  • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
  • Makan secara sederhana.
  • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
  • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.

2. Korang perlu mengira BMI-untuk-umur korang dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat
sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan korang.

3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika korang mempunyai masalah berkaitan berat badan.


p/s : Selamat Membaca...^_____^

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

No comments: