28 August 2012

Ego???

cokelatyuz4:02 PM
Assalammualaikum..


Hye lamo dah tak dongar khabar kan...heheehehe...
yuz bz sikit cz masalah negara banyak sangat nak diselesaikan...:p

Sebelum nak berlebih-lebih yuz nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA"
Hope masih belum terlewat kan... Y(^_^)Y...

Dah la malas mencarut banyak2 
 nanti korang bosan plak nak view kan..kan  kan...

Okeeeyyy harini yuz nak sharing pasal ego...
Sambil2 mentelaah benda lain apa kata membaca sekejap..
Renung-renungkanlah selamat beramal..~~~


  1. Orang ego tak kemana pun.
  2. Orang ego tak nampak hebat pun di mata manusia, lagikan pada pandangan Allah s.w.t.
  3. Orang ego akan menyesal, percayalah.
  4. Orang ego hilang nikmat bahagia.
  5. Orang ego selalu risau.
  6. Orang ego tewas melawan perasaan sendiri.
  7. Orang ego jadikan iblis sebagai panduan.
  8. Orang ego, diagnosis nya penyakit rohani.
  9. Orang ego jiwa nya akan selalu tidak tenteram.
  10. Orang ego jauh dari keredhaan-Nya.

 Kenapa nak jadi orang ego?
 Takdo sikit untung pun. Allah s.w.t sendiri pun benci dengan hamba-Nya yang ego. 
Kenapa nak lawan karus? Fikir-fikirkanlah....yeee....

Jangan pergi mandi di lombong ,         
   Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bersikap ego,
   Semua kawan akan membenci




Jumpa lagi next entry..bye..

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

08 March 2012

MASALAH DAN DUGAAN..Y(^_^)Y

cokelatyuz12:08 PM
Assalammualaikum..


 Hye...apa yang patut yuz buat 
bila keadaan memaksa yuz memilih 2 diantara 1....
nak xnak yuz still kena harungi semua yang berlaku...
Berfikir sejenak 
merenung jauh menenggelamkan diri dalam pandangan menembusi dinding opis..^_^
Harihari hujan menimpa (alhamdullah rezeki)
Sentiasa bersyukur dan Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa.
 Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia...

 Kita sering dihantui masalah-masalah tak kisah la dalam diri or tempat kerja (betul tak)
yang akhirnya menyebabkan ketakutan untuk mencabar diri kita mengharunginya..
Sebenarnya apa yang sering dan patut ditakutkan adalah hipokrit.. 

Untuk pengetahuan korang yuz pun tak ubah macam korang gak...
Masalah dan ujian sering datang setiap hari...
 apapun ia bukan dijadikan untuk yuz lari darinya atau berpatah balik dari perjalanan kehidupan, 
namun ia dijadikan untuk yuz menghadapi dan melepasinya...
pada yuz semua ini menjadikan yuz lebih matang dalam mengharungi setiap masalah dan dugaan...
 apa yang penting???

Mencabar diri untuk berubah.
Mencabar diri untuk berhijrah.
Mencabar diri untuk lebih positif.
Mencabar diri untuk mentadbir.
Mencabar diri untuk menahan marah.
Mencabar diri untuk mengurus.
Mencabar diri untuk MENANG!

"Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tham - min bil hairi"

Ertinya : Ya allah kau permudahkanlah..jangan kau susahkan, 
Ya allah kau akhirkan dengan kebaikan..

baca lah dengan yakin...Insya'Allah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT...amin


p/s : lepas ni dah kena berhijrah lg...mulakan hidup baru dengan environment kerja baru,kawan2 baru dan segala2nya baru....hope yuz berjaya menempuh segala dugaan yang datang (doakan yuz ye kwan2)






Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

02 March 2012

::ANDAI LELAKI TAHU....::

cokelatyuz1:23 PM
Assalammualaikum..

weehhh...salam jumaat...^_^...
mulakan hari dengan senyuman insyallah rezeki mencurah2...
Bosan tak harini??
semalaman yang memenatkan...(tapi dah puas tido)kikiki..
Harini yuz nak sharing dengan korang sikit
tahu tak pasal apa??pasal laki la takde lain...
semenjak dua menjak hati ada senang ni...hihihi...
jom layan apa yang menarik kalau 
lelaki tahu apa pandangan gugurl yang diperlukan dalam hidup dieorang...~~




Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan JATUH CINTA
lelaki tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan itu MENGALIRKAN AIRMATA
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan MARAH
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
 itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..
Lihat saja pasangan baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andai Lelaki Tahu...
Apabila seorang perempuan BERCAKAP BANYAK,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu KAMU BERUBAH
bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik,
 bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan kamu.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan CEMBURU dan tidak percayakan kamu, 
bukan bermakna dia tidak sayang....
tetapi dia terlalu sayangkan kamu 
dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan separuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.


Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan MERAJUK,
 jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



P/s : tu semua kalau lelaki tahu n nak ambik tahu...tapi kalau korang perasan sesetengah lelaki tak pernah pun nak ambik tahu semua benda yang remeh temeh ni....






Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

01 March 2012

BOSAN TAK WEH????

cokelatyuz4:57 PM
Assalammualaikum..



Hye....sorry la harini lambat sikit yuz share apa aktiviti yuz...kikiki
Penat-penat....huhhh.....
Kalau ikutkan yuz lagi bosan + gantok lagi taw... 
(salah sendiri nak taknak terima je)


Korang nak tahu apa yang yuz buat untuk hilangkan bosan + gantok yuz???
Untuk release tension hotak yuz ni yuz layan Cleverbot (klik link ni)..


Korang mesti blur-blurkan pe benda ni...hihihi...ok2
Cleverbot ni macam satu website yang kita kononnya berborak dengan robot aka artificial intelligence....
Kau tulis je apa-apa, nanti dia mesti reply punya jangan risau..
Tulis dalam bahasa melayu pon dia boleh terima taw.....  


Bez wei...sure korang tak akan bosan layan pertanyaan demi pertanyaan dia...^_^..kikiki
Yuz dari pagi layan web ni je (takdo koje)...
Gelak sorang-sorang macam tak cukup sifat... ◕  ◡  ◕ 




 P/s : Untuk lebih kepuasan gitu...baik korang try layan...sumpah memang bez...bye....




Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

21 February 2012

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS

cokelatyuz12:20 PM
Assalammualaikum..



Hye u all....
dah lama rasanya tak kongsi story dengan korang semua....hihihhii...
untuk harini tak ada apa yang menarik tuk yuz kongsi dengan korang pun...
just nak kite sama2 renungkan bersama walaupun yuz tahu ramai yang dah sememangnya tahu pasal ni...~~


Untuk renungan bersama...
Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya...^_^

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa...

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, LELAKI tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara..
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka membosankan...
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas...
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak
'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat..
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,
tetapi seperti air yang telah tertumpah ia tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,
 bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu,
 biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu.
LELAKI
masih belum lagi berkahwin,
tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA...

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya...

Dan di tengah malam yang sunyi,
dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA...

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan..
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA : Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut...

Saya akan kembali 2 minggu lagi.
Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ?
Tidak ada yang berubah dalam hidup saya...

WANITA tersenyum manis,
 berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian,
LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA tersebut,

tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang korang ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Jika menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W.... 




Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

09 February 2012

◕‿◕ bila cuti melebihi yang diperlukan~~~

cokelatyuz6:28 PM
Assalammualaikum..

Hye....

 

kenapa yuz seronok sangat ek???
 mana dapat cuti panjang...sape taknak kan...hihhihii....

Nak tahu apa aktiviti yuz cuti ni???
Nak dijadikan cerita adik yuz si kuat merepek ni datang rumah yuz....

Jumaat malam keluar kejap pergi ambik kawan yuz yang tak ingat jalan pulang ke rumah...kikikiki...
Nasib dengan family dia bukan dengan kekasih hati...(jangan marah ek m.cik..^_^)
Sabtu bersamaan 04feb2012 anak cik peah ni konvo....kikikiiki.. (tahniah kin)
Yuz tak sempat pergi...sampai2 PICC dah habis....(sorry kin...bukan salah den.. :( )

kalau korang nak tahu sabtu malam memang planning nak g i-icty tapi bukan dengan anak peah ni...
Disebabkan adik yuz berdating sampai tak hingat dunia
yuz plak sibukkan la diri pergi dengan family ckin..(yang yuz asyik cita pasal anak peah tu!!)

Ok2 yuz taknak membebel banyak jom kita tengok pic plak....
 


kalau korang nak tahu ni la family baru yuz...hihihhihi...



ni plak kembar tak seiras aku...wink..^_^



hello....korang jangan pk bukan2 taw...ni adik yuz...time ni ktorang clebrate besday dia yang ke-18..(happy bsday azriq ^_^)


ni plak syakira....lupa plak nama betul dia...kikiiki.... yuz memang bekepit dengan dia je cz masing2 da pasangan masing2...^_^





Wahh.... penat membebel....banyak lagi pic sebenarnya tapi disebabkan kemalasan melanda ni je la yang dapat yuz share dengan korang....dAAAaaaa....


Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

26 January 2012

contest!!contest!!contest!!

cokelatyuz3:22 PM
Assalammualaikum..

Hye...jom kita beramai-ramai join..^_^..mana tahu ada rezeki menang...hihihhi...





 Kalau korang berminat jom follow apa syarat-syarat yang diperlukan...^_^  

- Buat satu entri mengenai Cheritera Hati First Giveaway....(penting ni..hihihi) 
- Tag dua blogger lain....(menarik..menarik!!) ...kita tengok sape yang kena...^_^


- Tinggalkan link entri korang di ruang komen di bawah ni...(buat taw..^_^)
- Follow blog cheriterahatyhaney.blogspot.com



Hadiah yang bakal dimenangi agak menarik :

Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 Shawl Inner Polkadot + Brooch

Tempat Kedua :
 Produk Avail Beauty + 1 Inner Shawl Polkadot + Brooch

Tempat Ketiga :
1 Shawl Inner Polkadot + Produk Avail Beauty.

Saguhati (untuk 2 orang pemenang) :
Produk Avail Beauty



GOOD LUCK KAWAN2...^_^


DATELINE : 3HB FEB 2012


Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

10 January 2012

MAT MOTOR =P

cokelatyuz11:13 AM
Assalammualaikum..


Hye....yuz takde benda nak mendodol harini
cuma nak kongsi dengan korang semua pasal mat motor
 untuk panduan dan pegajaran semua...hihhihi...



Sebuah cerita sedih, macam ni cerite nya...
Pada suatu hari.. 
seorang lelaki nama nya Mok (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...
oleh kerana transport die cume moto je..
die pon pegilah naik moto.
 Tapi mamat ni ade satu hobi.. 
die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter je dari umah die..
maka si mok ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. 
Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan,
 "Mok, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la
" Mok pon menjawab, "ala mak ni...Mok kan superman, takkan ade pape nyer. 
Lagi pon, Mok cuma nak gi kedai sebelah tu jer..bukannya jauh sgt pon". 
Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah mok..."

Kunci moto pon di pulas...
vrommmmm(bunyi moto mok) dengan gaya supermannyer Mok bergerak dari umah.
 Tiba tiba sampai di suatu selekoh, 
seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Mok. 
Apa lagi terperanjat beruk la si Mok....
maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. 
maka Mok pon jatuh terpelanting.. 
dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Mok) 
lalu di jalan tersebut..
pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cuba mencurik helmet si mok
lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. 
Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, 
pakcik itu pon pergi kepada Mok dan memeriksa jantung dan nadi si Mok..
"uihh nampaknya idup lagi budak ni..
"tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Mok sudah terpusing 180 darjah, 
makna nya dah terbalik......
dan tanpa bertanya dan berpikir apa-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Mok dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Mok tidak bernafas lagi.
 Rupa-rupanya.. korang nak tau? 
Mok memakai jeket kulitnya terbalik. 
So memang la kepala die cam pusing ke belakang. 
Maka dengan tidak sepatutnya Mok mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik...
"Makwe ...... cari pakwe yang ader kerete jer...

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

06 January 2012

eee....bengangnya..!!!

cokelatyuz3:05 PM
Assalammualaikum..


Hye salam jumaat semua...
kejap je kan dah hari jumaat...
minggu ni yuz balik kampung....
sapa nak ikut jom3....(^_^)...
Dah la malas nak merepek banyak2 jom kita sama kita baca apa yang bengang...huhuhuhu..!!!!

Tersebutlah kisah 
3 orang sahabat baik iaitu
 BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. 

 Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. 
Pada suatu hari,
 MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis
 lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orabg rakannya. 
Setelah dua hari berlalu,
 BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH
 lalu membuat laporan polis.
 SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. 
Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan.
 (Semasa di dalam balai polis...) 

BODOH : Selamat pagi, tuan.

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.

POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa ??

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?

BODOH : Ada di luar, tuan.

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)




p/s : hahaahha...bagus kan nama dieorang???sebagai pengajaran lain kali explain la betul2 dengan pak polisi tu agar die tak pikir bukan2..(^_^)




 

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

05 January 2012

???

cokelatyuz2:28 PM
Assalammualaikum..



Hye all friendz...!!!
 sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti akan ada kemudahan..
betul tak??? 
Setelah titisan air mata pasti ada senyuman..(,")..
setelah malam pasti ada siang..
sesungguhnya awam kelabu pasti ada sirna..
pekatnya malam kesusahan pasti ada keluarnya...
dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin ALLAH SUBHANAHUWA TA'ALA...
tak mustahil kan semua ni???

 So kepada siapa2 
yang rasa diri penuh dengan masalah or whatever la pe pun ingat satu je k...
ok la malas nak merepek banyak2..hihhihi...



p/s : percayalah bahawa esok akan tercium puspa yang wangi mengusir segala kesedihan dan menjadi pelipur duka...~~













Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"