30 December 2011

see you next year

cokelatyuz2:17 PM
Assalammualaikum..



HARAP MAKLUM ! 

okay yuz nak cakap pasal 2011 dah nak berakhir lah 
,So sad,
I will miss this year until 2011 when when when :'( 
soseh soseh ! Eh, korang tak sedeh kee.
Hummm, 
myb ada yang sad ada yang tak.
Bg orang yang tak sad nak tinggal kan 2011 ni
 korang mesti ada sumtink that happen in you life kan kan,
 Sokay lah hidup mmg macam tuh mcm roda :) 
Eh yuz ni melebeh pulak.Hihihiihi.


 Dah macam2 yuz buat in 2011 this but, 
yuz tetap tersenyum untuk korang... 
key cakap pasal nak azam ape ? 
yuz kalau boleh tak nak apa la 
but yuz harap taun depan yuz akan jadi lebih baik dari taun ni...
(walaupun yuz tahu ramai cakap yuz tak baik sangat pun!^_^)..


bila ditanya pasal kawin je 
kepala hotak mula la berpk2 n blur2 tak tahu nak jawab apa...
tipu la kalau yuz cakap yg yuz taknak kawin cuma tak tahu la bila 
(taknak berharap pada benda yang belum pasti)..
Ok la dah melalut bab lain plak yuz ni...








Apa yang Allah ciptakan, itulah yang terbaik, pasti ada hikmah tersembunyi




p/s : orang sibuk keja aku sibuk update blog sambil kepala hotak pikir c.u.t.i....weeeeee...=p


Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

29 December 2011

11 things??? JOM KITA TENGOK

cokelatyuz11:58 AM
Assalammualaikum..

Hye semua...
rasa macam dah lama tak update blog...
almaklum la sekarang yuz tengah bz dengan banyak perkara (bz ke???)..
Ok harini yuz nak bagitahu korang yang yuz di tag 
dengan matamulutyusmardiana (adik yuz)
nak tak nak layankan je la walaupun yuz tahu yang adik yuz sendiri sedia maklum tentang yuz...
pape pun kita layan ~~~


RULES

You must post this rules

- Each person must post 11 things about themselves in their journal
- Answer the questions the tagger set for you in their post
- Create 11 new questions for the people you tagged to answer
- You have to choose 11 people to tag and link them on the post
- Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
- No tag back
- No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'LL ARE READING THIS YOU LEGITIMATELY' (a.k.a TRUST, REALLY, WILL BE HONESTLY) have to tag 11 people


11 PERKARA TENTANG YUZ???

  • Suka merepek2 benda yang tak sepatutnya sampai orang lain naik bosan (lantak korang la taknak layan pun)
  • Tak kira masa or tempat benda pertama yuz cari makan...ammmmm..^_^
  • Seorang yang degil n tidak mendegar cakap...huaaaahuaaa
  • Pentingkan diri sendiri (sesetengah perkara saja)
  • Suka merayap..HAHAHAHA
  • Pemalas (AAK)
  • Penakut (air je..hihihihihi)
  • Suka menyusahkan orang lain (yg dikenali ok!!)
  • Tak suka membebankan kepala hotak dengan perkara yang remeh temeh
  • Suka berkawan walaupun selalu ditindas~~ 
  • Seorang yang kelam kabut


11 QUESTION KEPADA ADIK YUZ???
  
  • Sape yg paling awak sayang? nape lak sayang?
        - Dah tentu la family yuz..(apa punya soalan la) opsss...teetinggal lagi satu en.ulan  
          yuz..hihhi 


  • Bila awak di kecewakan,ape yg awak nak wat? 
       - Makan...makan...makan....n makan....cz kalau pk sampai tak makan n mandi tak basah 
         bukan dapat apa pun..wink..wink..


  • Bila orang yg bf/gf awak menipu, ape tindakan awak?  
       - Mengamok macam orang gila..hahaha...tak da la..dia dah besar sendiri pk la...


  • Per nem yg family awak salu panggil?  
       - A.L.O.N.G (cz saya anak sulong..huhuhu)


  • Antara Pisang Goreng ngan Mangga kunci,mne awak rse awak akn pilih?  
      - Dah tontu la pisang goreng cz boleh makan...yumyummmmm...


  • Law diberi pilihan, awak nak ad Bf/Gf or x..? nape lak cmtu?  
       - Tak nak dah cz dah ada..hahahaha


  • Law org yg awak sayang pergi wat selama2nya, pe awk wat untuk tenangkan jiwa awk? (sje2 je..)  
      - Solat  


  • Per yg awak salu impikan? 
      -  Nak jadi anak raja walaupun yuz tahu benda tu mustahil...huhuhu..


  • Law diberi 1juta n diminta menghbiskanny dlm sehari, per awak nak wat?  
      - Pergi shopping la...n buat benda yang sepatutnya (pk lg)


  • Per hobi awak?nape lak? 
       - Menyanyi sebab saya tahu suara saya macam katak...hahahaha

  • Lastly.. Per bnd pling berguna yg penah awak wat seumur idop awak ni??
      -  Belum ada yang berguna lagi cz semua tak berguna.....(tunggu 10tahun akn dtg k)


       Huhhhh....setelah yuz kerah kepala hotak yuz dengan soalan2 adik yuz ni akhirnya yuz plak
       nak kerah soalan plak...kita tengok plak siapa yang kena..(>_<)..jawab jangan tak jawab taw


11 QUESTION KEPADA SASARAN YUZ
  •  Apa yang korang suka buat kalau bosan???
  • Do you have feelings for someone right now?
  • Are you romantic?
  • Have you ever wished you could've had someone but you couldn't?
  • If you could get married anywhere, money not an object, where would it be?   
  • Makan or Mandi mana korang suka??? (salah satu je ok)
  • Berjenama or tak berjenama mana penting???
  • Korang rasa kalau diberi pilihan korang nak sekolah balik tak??? (apa yg korang nak buat)
  • Yuz nak tanya korang apa yang korang tahu tentang perbezaan kuada biasa dengan kuda belang???
  • Apa yang korang paling suka sepanjang korang hidup
  • HP dengan BF/GF mana lagi penting???
 Kita tengok siapa yang kena~~~


MieyraChocake
Cik Fara
Sadeq Exuberant  
Cik Bee~!
zieda
cik jue 
cik anna 
Anis Zafirah 
jUe FiQrI 
ƆƖƘ ƘƖƬƬƳ ƬЄЯĦЄβΔƉ :) 
Dosh Saleem 




Wah selesai sudah...
kepada kakak2 n abang2 yang menjadi sasaran yuz ni 
selamat menjawab ok...n thnkz kerana sudi view..^_^



Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

20 December 2011

Hidup Ibarat Roda Janganlah sesekali kita Bongkak!!!

cokelatyuz5:42 PM
Assalammualaikum..



Mok : Wah Ulan,Tingginya Hidung Ko!..
Ulan : Eh,Kenapa pulak hidung aku?..
Mok : Ye la,ko kan bangga diri sangat…tinggilah hidung ko tu..kan..kan...kan...
Ulan : Biarlah!!!…sebab dulu aku selalu kena dengan orang atas2..sekarang aku pula buat..^_^
Mok  : (Dalam Hati) !^@&(^#$^#$&*^!#!$)$@_*$#$& punya kawan..


Berdasarkan teks diatas,apa yang korang fikirkan?…
(kongsi la sama2) memang menjadi trend sekarang ke?..
tatkala kita dulu dibawah selalu dibuli,
kita akan membuli orang lain tatkala kita diatas..
Adakah itu menjadi trend zaman sekarang ini?…
cuba bagitahu dengan yuz...
wahwah kelas ko jah....
tiba2 je kan....
ok harini yuz nak kongsi dengan korang tentang hidup kita ni...
betul ke macam roda wehhh??
 kadang2 bila dah popular n diatas kita lupa semua perkara yang ada kart bawah..
kadang2 orang mintak tolong pun buat tak tahu je…
(betul ke??yuz harap yuz tak macam tu)
orang tanya buat tak tau ja (tkeluaq bahasa ibunda plak...hihi)…
cis,sedarlah!… hidup ini ibarat roda..
 kadang-kadang kita di atas jangan sangka kita tak boleh turun ke bawah..
tak mustahil!!! (betul2...sambil angkat tangan)...


bukan yuz yang agkat tangan monyet ni la...^_^




Kalau agak-agak dah cukup perfect..
apa kata buat dunia sendiri dan duduk seorang diri..kan? (betul tak)…
Dulu masa mula nak naik macam2 yang di janjikan,
tu la,ini la..ye la..nak sebelum naik kan...tapi..sekarang???
(apa cerita)..
tatkala dah popular..
pergh..nak say "hello" dekat orang lain pun susah…..
selepas itu ayat yang biasa kita dengar "rlex la weh bz sikit la"..
Ahh!!! duniawi je semua tu..alasan je…
Janganlah korang berasa bangga atau riak dengan apa yang korang perolehi,
dengan sekelip mata tak mustahil perkara yang korang bangga selama ini akan hilang kan???
 (betul tak yuz merepek ni)..
Ada kelebihan,sama-samalah korang kongsikan 
So,marilah kita muhasabah diri kita sendiri....


Sesungguhnya tuhan menjadikan seseorang itu lebih kelebihannya untuk membantu seseorang yang kurang kelebihannya agar sama-sama menjadi yang lebih baik..







bye2...(<"")


Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

19 December 2011

ReNungAn Bersama..^_^

cokelatyuz3:55 PM
Assalammualaikum..



Ada Seorang Lelaki Pergi Ke Kedai Gunting Rambut Utk Menggunting Rambut Dan Janggutnya. 

Apabila Barber Itu Memulakan Tugasnya, Mereka Pun Berborak Dan Bercakap Mengenai Byk Perkara.Tapi Bila Mereka Mula Berbicara Mengenai Allah,Barber Itu Pun Berkata,
       ” Saya Tak Percaya Allah Itu Wujud.”
       ”Kenapa Kamu Kata Begitu?” Tanya Si Lelaki Tadi.


  ” Cuba Kamu Keluar Di Tengah Jalan Itu Dan Tunjukkan Pada Saya Bahawa Allah Itu Wujud. Kalau Betul Allah Wujud,
Kenapa Ramai Sgt Org Sakit Kat Luar Tu?
Kenapa Masih Ada Kanak2 Yg Terbiar? 
Kalau Betul Allah Wujud,
Dah Tentu Tiada Kesakitan Dan Keperitan Hidup Dlm Dunia Ni. 
Saya X Dpt Bayangkan Allah Yg Maha Penyayang 
Boleh Membenarkan Semua Ini Berlaku”.
Si Lelaki Itu Pun Berfikir Sejenak.
Tapi Dia Tidak Memberi Sebarang Jawapan Kerana Tidak Mahu Memulakan Pertengkaran. 
Selepas Barber Itu Menghabiskan Tugasnya, 
Si Lelaki Tadi Pun Pergi.


Selepas Beberapa Langkah,
Si Lelaki Tadi Ternampak Seorg Lelaki Berambut Panjang, 
Selekeh, Kotor Dan Janggut Tidak Terurus. 
Si Lelaki Tadi Pun Berpatah Balik 
Dan Pergi Semula Ke Kedai Gunting Rambut Tadi Dan Berkata,


” Kamu Tahu Tak Yang Sbnrnye Barber Jugak Tidak Wujud?” 

 ”Kenapa Kamu Kata Maccm Tu? 
Sedangkan Saya Baru Saje Gunting Rambut Kamu Tadi”.
Kata Barber.


”Tidak!”
 Kata Si Lelaki Tadi.”
Kalau Barber Wujud, 
Dah Tentu Tidak Ada Org Yg Berambut Panjang Tidak Terurus Dan Kotor Serta Janggut Yg Panjang Dan Kotor Mcm Lelaki Di Tepi Jalan Itu”.


 ”Ah!
Barber Mmg Wujud!
 Lelaki Tu Jadi Macam Tu Sebab Dia Tidak Datang Pada Saya Untuk Menggunting Rambutnya!”.
Kata Barber.

 ”Tepat Sekali!”.
 Kata Si Lelaki Tadi.


”That’s The Point!. 
Allah Jgk Wujud...
Itulah Yg Terjadi


"Jika Manusia Tidak Mengingatinya Dan Kembali Padanya Utk Memohon Pertolongan.”

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

K.E.S.U.N.Y.I.A.N

cokelatyuz10:47 AM
Assalammualaikum..




 Kenapa ek entry yuz kesunyian???
kalau korang nak tahu weekend ni yuz bosan sangat2...
mana taknya en.ulan kena keja so yuz lepak rumah je la....
Tambah kebosanan lagi bila semua isi rumah tak ada...huaaawww...
Aktiviti  yuz cuma tido, bangun, makan nak tengok tv...
bosan..bosan...bosan...

Kenapa tak keluar dengan kawan2 yuz oiii????
K.A.W.A.N???
ada bukan tak ada tapi biasa la hari2 minggu kan sapa la yang nak keluar dengan yuz...
mungkin banyak lagi benda yang berfaedah 
dieorang boleh buat selain keluar dengan yuz...heheehe...
(ayat tak boleh nak blah)..
Tah la kenapa yuz rasa sunyi sangat sekarang...
tambah lagi la kesunyian yuz bila kawan yuz (anis syuhada
akan menamatkan zaman bujang dia tak lama lagi...
Sedih???
tentu la sedih...hmmm..nak buat macam mana jodoh dia dah sampai...

Ok balik pada tajuk entry yuz harini plak...
K.E.S.U.N.Y.I.A.N...kenapa ek???
tak tahu la kenapa yuz rasa buat masa sekarang yuz perlukan seseorang 
untuk yuz luahkan semua yang terbuku kart hati yuz ni...(sedih tau)..
bila mengadu dengan en.ulan mesti dia cakap 
"jangan manja sangat..solat jangan tinggal cz tu la ubat yang paling baik"
...teeettt....sy dah terkena..heheehe...
kepada my luv family n en.ulan thnkz sangat2 banyak spport yuz...(,") 
pape pun thankz kepada semua yang memahami yuz 
 sory sangat2 kepada sape2 yang terasa dengan yuz..^_^



p/s : merepek adalah hobi saya....wink..(<")

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

15 December 2011

MAKSUD HURUF PERTAMA NAMA ^_^

cokelatyuz10:02 AM
Assalammualaikum..


Hye semua...senyum...tak perlu kata apa2...hehehe...
sape terkena agkat tangan????
yuz saja je nak tengok sape yang terkena...huhuhu...
korang mesti ingat yuz gila kan...(tontu la yuz!!)..whatever!!!!...(,")...
Ok berpatah balik dengan tajuk entry yuz harini...
yuz nak kongsi dengan korang semua pasal huruf pertama nama kita...
BACA BETUL2...HURUF PERTAMA OK!!!...



Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

11 December 2011

KEGEMBIRAAN TERSELAH

cokelatyuz7:37 PM
Assalammualaikum..

Hye (6_^)..
entah la apa masalah yuz sebenarnya harini rasa tiba2 semagat nak update entry
lepas makan laksa yang dibuat bersama adik yuz...(^_^)...
LAKSA!!! favourite taw...hehehe...
ok2 yuz tak nak merepek melalut n merabat bukan2 plak nanti korang bosan nak baca kan..kn..kan...
Kita balik pada topik yuz...harini yuz nak story dengan korang pasal yuz g melaka semalam...
Disebabkan cuti sekolah paham2 je la macam mana keadaan jalan raya..heheehe..
(agak skema sikit ayat disitu)


keadaan jalanraya yg agk menyakitkan hati..hehe

Yuz pegi naik keta dengan adik yuz n jijie (bf adik yuz)...
Nak dijadikan cerita konon nak gerak awal tapi jadi terlampau awal la sangat.... hahaaha...
Korang tahu lepas je tol sungai besi mak ai jem die dah belambak2 plak...
kalau makan dengan roti tak tahu la dah bape kali sendawa...heheehe..(,")..
Dekat 4jam atas highway sampai juga kami dekat tol air keroh..(^_^)..
Agar teruja sikit cz tak sabar nak jumpa dengan en.ulan yuz yang sedia menanti kat Mahkota Parade..
Sape2 yang penah pegi melaka mesti dah sedia maklum macam mana jalan kat sana kan???
jem???tak payah cakap la...
Kesabaran je la ubatnya..hehe...


Sampai je tempat yang dituju ambik en.ulan
ingat kena marah sebab ktorang sampai lambat tapi mod en.ulan ok je...hehehe..
apa lagi terus g makan cz semua dah lapar tahap cipan dah...
Bila dah kenyang plan untuk next stesen g klebang lepak sana..
.Ok jom tengok sama2 gambar ktorang yang tak berapa cantik hehe...





gambar ni mula2 ktorang sampai


ni la pic adik yuz nak jijie...(romantik tak)




yuz n en.ulan ^_^



ha...nampak tak yuz dengan en.ulan??cantik kan pemandangan...like!!!like!!!like!!!


cantik matahari ^_^




Dah habis dah..hehehe...
sebenarnya banyak lagi tapi nanti korang bosan plak nak view blog yuz ni
banyak sangat gambar merepek2....
Balik je dari klebang ktorang pegi makan lagi walaupun perut penuh lagi...
Tahu tak ktorang pegi makan apa???
melaka apa lagi yang famous kalau bukan ASAM PEDAS..(^_^)..
Habis je makan ktorang gerak hantar en.ulan dekat Mahkota Parade
cz en.ulan terpaksa balik yela mana taknya dari pagi keluar tunggu yuz tapi disebabkan jalan buat hal
ktorang sampai melaka pukul 4 petang...(sowi ulan)....

Dah hantar en.ulan
ktorang pun gerak nak balik sebab masing2 dah penat n tak tahu jalan nak g mana..(H_H)...
Walaupun takde la banyak sangat tempat menarik yang ktorang pegi
tapi yuz tetap gembira dapat jumpa dengan en.ulan walaupun sekejap...(,")


p/s : kenapa la bila cuti waktu rasa sekejap je berlalu tapi bila time keja nak tunggu balik punya la lama...pape pun tangungjwab still dijalankan...(^_^)




Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

09 December 2011

APABILA KEBOSANAN DAN KELETIHAN MELANDA

cokelatyuz12:21 PM
Assalammualaikum..


Hye all friend...n salam jumaat...
harini yuz agak bosan + letih sebab semalam keluar jap
tapi harini macam malas nak datang keje pun ada..hehehe...(teruk kan)...

Takde la balik semalam lewat juga la yuz tido
cz ada la member yuz ni keluar dah tu tak bagitahu pape pun col lak tak agkat (risau tau )..
ape lagi satu rumah bergegar malam tadi...hehehe....
dah tahu mana member yuz ni pegi baru la yuz boleh tido..^____^..
(tapi pagi tadi liat gak nak bgun..huhhh)..
Dah sampai tempat keje jadi blur2 plak tak tahu nak buat apa...hahaha...
apa lagi yuz pun terjah la apa yang boleh kita kongsi sama2 untuk hilangkan kebosanan yuz...(,"")...
Gelak dulu puas2 baru boleh baca story merepek ni..!!!~~










Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Cerita 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”


Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…


Ok2 korang puas???
kalau belum boleh sambung lagi story kat bawah ni kalau bosan taknak baca pun takpe...
takde paksaan mahupun ugutan...hehehe....winkkk...(H___H)



3 SAHABAT

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ‘stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…

Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…

Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.

Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…

Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan…

Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)

Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.

Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)


LOGHAT MANA LEBIH MENASABAH???

Timbul persoalan, 
loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah..
Bahasa Melayu standard:

“Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.”
Loghat Utara (kedah):

“Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak”.
Loghat Pantai Timur (kelate):

“Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.”

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!


ENGLISH DAN BAHASA MELAYU..^_^

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. 
tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. 
Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya….:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. 
(maaf  Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. 
Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste. 
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya,bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)


BAYARAN ANSURAN

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih ni yang dah ber’couple’ sejak bangku sekolah lagi.
Satu hari girlfriend dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya
 yang menyebabkan girlfriend dia tu kekurangan banyak darah.
Oleh kerana sayang “banget” ngan girlfriend dia,
si boyfriend ni telah mendermakan banyak darah kat girlfriend dia ni.

Setahun dari kejadian tu,
 si girlfriend ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue.Aper lagi,
 si girlfriend ni pun putuskanlah hubungan dia ngan boyfriend dia yg lama tu.
Si boyfriend ni punyalah geram, dan dia berkata,

“Tak kenang budi punyer awek!! 
Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu”!!
Si girlfriend yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah boyfriend dia dan berkata,
“Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!”


SINGULAR DAN PLURAL

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu”is one, “dua”is two,”tiga”is three(isteri).Baru betul dan sah!

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…
(Sumber : Dari Forum)

p/s : thankx kepada yang sudi membaca...(;")

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

08 December 2011

Kelebihan Ayat Kursi

cokelatyuz2:17 PM
Assalammualaikum..








  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."  
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,insyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid."
  • Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."




Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

07 December 2011

***P.A.N.T.U.N***

cokelatyuz1:06 PM
Assalammualaikum..

 Hye friend....
rajin kan yuz sekarang???hehehe...
arini yuz nak kongsi dengan korang pasal pantun plak....
saja je sambil buat kerja layan pantun plak...^_^..

ceduk air di dalam perigi,
timbanya bertangkaikan suasa,
jikalau kucing tak bergigi,
alamat tikus berjoget berdansa..

anak dara datuk tinggi,
buat gulai ikan tilan,
Datuk Tua xade gigi,
Bila makan kunyah telan..

katak asia panggil hujan
katak eropah panggil salji
kenapa katak kat sini panggil hujan
kenapa tidak panggil salji..

aku tau hang yg kentut..
buang angin merata tempat,
tak nak ngaku kentut,
sebab melepas tak mnyempat!!!

Mulanya cinta berputik,
Aku menanti dia menunggu..
Sekarang bagaikan bunga dipetik,
Semakin hari semakin layu...

 Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam...

(,")....(,")

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

06 December 2011

Aku cinta padamu dalam 100 bahasa

cokelatyuz6:04 PM
Assalammualaikum..

Korang tau kan dalam dunia ni ada banyak bahasa. 
Dan bahasa ibunda kita adalah bahasa Melayu 
seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia..Hehe . 
 Sebenarnya selain mengungkapkan " I Love U" in english..
susah sangat kita nak cakap yang kita suka pada someone macam...

"Aku cinta Padamu" 

Perghh..rasa cam skema habislah guna ayat tu.
 Then, cuba try guna bahasa lain yang menyatakan maksud yang sama macam bahasa2 di bawah ni.
 Jom usha how to express our felling toward somebody which already taken our heart and soul...^______^

English - I love you ( general )

Afrikaans - Ek Fhet jou lief


Albanian - Te dua


Arabic - Ana behibek


Armenian - Yes kez sirumen


Bambara - M'bi fe


Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi


Belarusian - Ya tabe kahayu


Bisaya - Nahigugma ako kanimo


Bulgarian - Обичам те


Cambodian - Soro lahn nhee ah


Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a


Catalan - T'estimo


Cheyenne - Ne mohotatse


Chichewa - Ndimakukonda


Corsican - Ti tengu caru (to male)


Creole - Mi aime jou


Croatian - Volim te


Czech - Miluji te


Danish - Jeg Elsker Dig


Dutch - Ik hou van jou


Esperanto - Mi amas vin


Estonian - Ma armastan sind


Ethiopian - Afgreki'


Faroese - Eg elski teg


Farsi - Doset daram


Filipino - Mahal kita


Finnish - Mina rakastan sinua


French - Je t'aime, Je t'adore


Gaelic - Ta gra agam ort


Georgian - Mikvarhar


German - ich liebe dich


Greek - S'agapau


Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo


Hiligaynon - Palangga ko ikaw


Hawaiian - Aloha wau ia oi


Hebrew - Ani ohev otah (to female)


Hebrew - Ani ohev et otha (to male)


Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae


Hmong - Kuv hlub koj


Hopi - Nu' umi unangwa'ta


Hungarian - Szeretlek


Icelandic - Eg elska tig


Ilonggo - Palangga ko ikaw


Indonesian - Saya cinta padamu


Inuit - Negligevapse


Irish - Taim i' ngra leat


Italian - Ti amo


Japanese - Ai#eru


Kannada - Naanu ninna preetisuttene


Kapampangan - Kaluguran daka


Kiswahili - Nakupenda


Konkani - Tu magel moga cho


Korean - Sarang Heyo


Latin - Te amo


Latvian - Es tevi miilu


Lebanese - Bahibak


Lithuanian - Tave myliu


Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu


Malayalam - Njan Ninne Premikunnu


Mandarin Chinese - Wo ai ni


Marathi - Me tula prem karto


Mohawk - Kanbhik


Moroccan - Ana moajaba bik


Nahuatl - Ni mits neki


Navaho - Ayor anosh'ni


Norwegian - Jeg Elsker Deg


Pandacan - Syota na kita!!


Pangasinan - Inaru Taka


Papiamento - Mi ta stimabo


Persian - Doo-set daaram


Pig Latin - Iay ovlay ouyay


Polish - Kocham Ciebie


Portuguese - Eu te amo


Romanian - Te ubesk


Russian - Ya tebya liubliu


Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort


Serbian - Volim te


Setswana - Ke a go rata


Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')


Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan


Sioux - Techihhila


Slovak - Lu`bim ta


Slovenian - Ljubim te


Spanish - Te quiero / Te amo


Swahili - Ninapenda wewe


Swedish - Jag alskar dig


Swiss-German - Ich lieb Di


Tagalog - Mahal kita


Taiwanese - Wa ga ei li


Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe


Tamil - Nan unnai kathalikaraen


Telugu - Nenu ninnu premistunnanu


Thai - Chan rak khun (to male)


Thai - Phom rak khun (to female)


Turkish - Seni Seviyorum


Ukrainian - Ya tebe kahayu


Urdu - mai aap say pyaar karta hoo


Vietnamese - Anh ye^u em (to female)


Vietnamese - Em ye^u anh (to male)


Welsh - 'Rwy'n dy garu


Yiddish - Ikh hob dikh


Yoruba - Mo ni fe
 

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"