09 December 2011

APABILA KEBOSANAN DAN KELETIHAN MELANDA

cokelatyuz12:21 PM
Assalammualaikum..


Hye all friend...n salam jumaat...
harini yuz agak bosan + letih sebab semalam keluar jap
tapi harini macam malas nak datang keje pun ada..hehehe...(teruk kan)...

Takde la balik semalam lewat juga la yuz tido
cz ada la member yuz ni keluar dah tu tak bagitahu pape pun col lak tak agkat (risau tau )..
ape lagi satu rumah bergegar malam tadi...hehehe....
dah tahu mana member yuz ni pegi baru la yuz boleh tido..^____^..
(tapi pagi tadi liat gak nak bgun..huhhh)..
Dah sampai tempat keje jadi blur2 plak tak tahu nak buat apa...hahaha...
apa lagi yuz pun terjah la apa yang boleh kita kongsi sama2 untuk hilangkan kebosanan yuz...(,"")...
Gelak dulu puas2 baru boleh baca story merepek ni..!!!~~










Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Cerita 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”


Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…


Ok2 korang puas???
kalau belum boleh sambung lagi story kat bawah ni kalau bosan taknak baca pun takpe...
takde paksaan mahupun ugutan...hehehe....winkkk...(H___H)



3 SAHABAT

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ‘stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…

Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…

Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.

Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…

Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan…

Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)

Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.

Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)


LOGHAT MANA LEBIH MENASABAH???

Timbul persoalan, 
loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah..
Bahasa Melayu standard:

“Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.”
Loghat Utara (kedah):

“Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak”.
Loghat Pantai Timur (kelate):

“Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.”

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!


ENGLISH DAN BAHASA MELAYU..^_^

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. 
tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. 
Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya….:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. 
(maaf  Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. 
Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste. 
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya,bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)


BAYARAN ANSURAN

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih ni yang dah ber’couple’ sejak bangku sekolah lagi.
Satu hari girlfriend dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya
 yang menyebabkan girlfriend dia tu kekurangan banyak darah.
Oleh kerana sayang “banget” ngan girlfriend dia,
si boyfriend ni telah mendermakan banyak darah kat girlfriend dia ni.

Setahun dari kejadian tu,
 si girlfriend ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue.Aper lagi,
 si girlfriend ni pun putuskanlah hubungan dia ngan boyfriend dia yg lama tu.
Si boyfriend ni punyalah geram, dan dia berkata,

“Tak kenang budi punyer awek!! 
Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu”!!
Si girlfriend yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah boyfriend dia dan berkata,
“Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!”


SINGULAR DAN PLURAL

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu”is one, “dua”is two,”tiga”is three(isteri).Baru betul dan sah!

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…
(Sumber : Dari Forum)

p/s : thankx kepada yang sudi membaca...(;")

Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

No comments: