08 March 2012

MASALAH DAN DUGAAN..Y(^_^)Y

cokelatyuz12:08 PM
Assalammualaikum..


 Hye...apa yang patut yuz buat 
bila keadaan memaksa yuz memilih 2 diantara 1....
nak xnak yuz still kena harungi semua yang berlaku...
Berfikir sejenak 
merenung jauh menenggelamkan diri dalam pandangan menembusi dinding opis..^_^
Harihari hujan menimpa (alhamdullah rezeki)
Sentiasa bersyukur dan Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa.
 Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia...

 Kita sering dihantui masalah-masalah tak kisah la dalam diri or tempat kerja (betul tak)
yang akhirnya menyebabkan ketakutan untuk mencabar diri kita mengharunginya..
Sebenarnya apa yang sering dan patut ditakutkan adalah hipokrit.. 

Untuk pengetahuan korang yuz pun tak ubah macam korang gak...
Masalah dan ujian sering datang setiap hari...
 apapun ia bukan dijadikan untuk yuz lari darinya atau berpatah balik dari perjalanan kehidupan, 
namun ia dijadikan untuk yuz menghadapi dan melepasinya...
pada yuz semua ini menjadikan yuz lebih matang dalam mengharungi setiap masalah dan dugaan...
 apa yang penting???

Mencabar diri untuk berubah.
Mencabar diri untuk berhijrah.
Mencabar diri untuk lebih positif.
Mencabar diri untuk mentadbir.
Mencabar diri untuk menahan marah.
Mencabar diri untuk mengurus.
Mencabar diri untuk MENANG!

"Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tham - min bil hairi"

Ertinya : Ya allah kau permudahkanlah..jangan kau susahkan, 
Ya allah kau akhirkan dengan kebaikan..

baca lah dengan yakin...Insya'Allah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT...amin


p/s : lepas ni dah kena berhijrah lg...mulakan hidup baru dengan environment kerja baru,kawan2 baru dan segala2nya baru....hope yuz berjaya menempuh segala dugaan yang datang (doakan yuz ye kwan2)






Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

02 March 2012

::ANDAI LELAKI TAHU....::

cokelatyuz1:23 PM
Assalammualaikum..

weehhh...salam jumaat...^_^...
mulakan hari dengan senyuman insyallah rezeki mencurah2...
Bosan tak harini??
semalaman yang memenatkan...(tapi dah puas tido)kikiki..
Harini yuz nak sharing dengan korang sikit
tahu tak pasal apa??pasal laki la takde lain...
semenjak dua menjak hati ada senang ni...hihihi...
jom layan apa yang menarik kalau 
lelaki tahu apa pandangan gugurl yang diperlukan dalam hidup dieorang...~~




Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan JATUH CINTA
lelaki tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan itu MENGALIRKAN AIRMATA
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan MARAH
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
 itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..
Lihat saja pasangan baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andai Lelaki Tahu...
Apabila seorang perempuan BERCAKAP BANYAK,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu KAMU BERUBAH
bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik,
 bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan kamu.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan CEMBURU dan tidak percayakan kamu, 
bukan bermakna dia tidak sayang....
tetapi dia terlalu sayangkan kamu 
dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan separuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.


Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan MERAJUK,
 jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



P/s : tu semua kalau lelaki tahu n nak ambik tahu...tapi kalau korang perasan sesetengah lelaki tak pernah pun nak ambik tahu semua benda yang remeh temeh ni....






Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

01 March 2012

BOSAN TAK WEH????

cokelatyuz4:57 PM
Assalammualaikum..



Hye....sorry la harini lambat sikit yuz share apa aktiviti yuz...kikiki
Penat-penat....huhhh.....
Kalau ikutkan yuz lagi bosan + gantok lagi taw... 
(salah sendiri nak taknak terima je)


Korang nak tahu apa yang yuz buat untuk hilangkan bosan + gantok yuz???
Untuk release tension hotak yuz ni yuz layan Cleverbot (klik link ni)..


Korang mesti blur-blurkan pe benda ni...hihihi...ok2
Cleverbot ni macam satu website yang kita kononnya berborak dengan robot aka artificial intelligence....
Kau tulis je apa-apa, nanti dia mesti reply punya jangan risau..
Tulis dalam bahasa melayu pon dia boleh terima taw.....  


Bez wei...sure korang tak akan bosan layan pertanyaan demi pertanyaan dia...^_^..kikiki
Yuz dari pagi layan web ni je (takdo koje)...
Gelak sorang-sorang macam tak cukup sifat... ◕  ◡  ◕ 




 P/s : Untuk lebih kepuasan gitu...baik korang try layan...sumpah memang bez...bye....




Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"