02 March 2012

::ANDAI LELAKI TAHU....::

cokelatyuz1:23 PM
Assalammualaikum..

weehhh...salam jumaat...^_^...
mulakan hari dengan senyuman insyallah rezeki mencurah2...
Bosan tak harini??
semalaman yang memenatkan...(tapi dah puas tido)kikiki..
Harini yuz nak sharing dengan korang sikit
tahu tak pasal apa??pasal laki la takde lain...
semenjak dua menjak hati ada senang ni...hihihi...
jom layan apa yang menarik kalau 
lelaki tahu apa pandangan gugurl yang diperlukan dalam hidup dieorang...~~




Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan JATUH CINTA
lelaki tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan itu MENGALIRKAN AIRMATA
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan MARAH
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,
 itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..
Lihat saja pasangan baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andai Lelaki Tahu...
Apabila seorang perempuan BERCAKAP BANYAK,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu KAMU BERUBAH
bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik,
 bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan kamu.

Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan CEMBURU dan tidak percayakan kamu, 
bukan bermakna dia tidak sayang....
tetapi dia terlalu sayangkan kamu 
dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan separuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.


Andai Lelaki Tahu... 
Apabila seorang perempuan MERAJUK,
 jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



P/s : tu semua kalau lelaki tahu n nak ambik tahu...tapi kalau korang perasan sesetengah lelaki tak pernah pun nak ambik tahu semua benda yang remeh temeh ni....






Amacam?? Da Bace?? ok x?? Law Ok,Like Kat Bawah Nie!! ^_^"

No comments: